top of page

Laksanakan pelbagai projek


Laksanakan pelbagai projek www.sarawakvoice.com
Gambar hiasan: Lampu LED

BINTULU: Kerajaan Sarawak sedang giat melaksanakan pelbagai projek sejajar dengan hasrat untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat khususnya di kawasan Tanjong Batu.


Antaranya, bina baharu gelanggang bola keranjang di Taman Gloria Bintulu, membina pagar jenis ‘anti-climb’ di Tanah Perkuburan Kristian Methodist Bintulu, pemasangan dan pendawaian lampu LED di Dewan Suarah Bintulu serta naik taraf bangunan gelanggang bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Bahagian Bintulu di Taman Suarah.


Sehubungan itu, Adun Tanjong Batu, Johnny Pang Leong turun padang bagi meninjau perkembangan terkini projek berkenaan.


Lawatan kerja itu dilakukan beliau sejurus selepas cabutan undi, di sini, semalam. Semasa itu, Pang Leong turut menyerahkan dokumen serah kerja kepada kesemua kontrak yang telah dilantik bagi melaksanakan projek terbabit.


Kesemua Projek RTP tersebut akan dimulakan dengan segera mengikut masa yang ditetapkan.


Dalam pada itu, beliau menggesa agar semua pihak memberikan kerjasama supaya pelaksanaan projek berjalan lancar dan siap mengikut jadual.


“Pelaksanaan projek ini membuktikan kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengambil berat keperluan rakyat.


Saya juga mahu kerja-kerja pelaksanaannya dilakukan dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Hadir sama, Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu,Joseph Tyran.


Sumber: Sarawak Voice


Comments


bottom of page