top of page

Laksana projek pembangunan di Sabah dengan cepat


Keadaan kualiti jalan rosak di negeri Sabah
Gambar hiasan: "Sabah antara negeri terbesar dan sangat memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti seperti bekalan air, eletrik, jalan luar bandar dan liputan komunikasi."

Keadaan kualiti jalan rosak di negeri Sabah

KOTA KINABALU: Sabah yakin projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah antara negeri terbesar dan sangat memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti seperti bekalan air, eletrik, jalan luar bandar dan liputan komunikasi.


"Kemudahan infrastruktur asas dan utiliti itu amat diperlukan oleh Sabah, memandangkan negeri ini agak ketinggalan dalam aspek berkenaan khususnya di kawasan luar bandar.


"Inisiatif turun padang yang diketuai sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan program dan projek untuk Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat," katanya.


Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penyelarasan KKDW Bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 dipengerusikannya bersama Ahmad Zahid di sini semalam.


Sumber: Berita Harian


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page