top of page

Laksana pelan proaktif, teliti projek beri kesan buruk pada alam


Laksana pelan proaktif, teliti projek beri kesan buruk pada alam
Suasana banjir di Bukit Changgang, Selangor pada Disember 2021. - Foto 123RF (Gambar kecil: Mohd Azmi) AAA

Laksana pelan proaktif, teliti projek beri kesan buruk pada alam

SHAH ALAM - Kerajaan diminta melaksanakan pelan proaktif dan meneliti projek yang memberi kesan buruk kepada kestabilan alam sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mengambil contoh gempa bumi di Maghribi dan empangan runtuh akibat banjir di Libya, antara persediaan tersebut perlu dilakukan ialah memantau kawasan sensitif terutama tapak yang membangunkan gedung-gedung tinggi.


Ujarnya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) perlu meneliti tahap pergerakan air di bawah tanah di kawasan sensitif berkenaan kerana ia salah satu punca berlaku tanah runtuh di negara ini.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Gempa bumi di Maghribi dan empangan pecah di Libya membayangkan bencana luar jangka boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja yang memerlukan kesiapsiagaan tahap tinggi di seluruh dunia.


"Malaysia tidak terlepas daripada bencana alam akibat pelbagai faktor alam dan perbuatan manusia sendiri.


"Negara perlu meningkat kapasiti dalam berdepan dengan kemungkinan bencana alam seperti yang pernah berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Sementara itu, angka kematian meningkat lebih 2,800 orang akibat gempa bumi berukuran 7.0 magnitud di Maghribi.


Media pada Rabu melaporkan, sekurang-kurangnya 2,300 terbunuh dan 10,000 orang dilaporkan hilang akibat kejadian banjir besar yang melanda Derna, Libya.


Tambah Mohd Azmi, selain menggunakan teknologi mesra alam, pelaksanaan polisi yang betul perlu untuk dirangka dalam semua projek besar di negara ini.


"Ini kerana kerakusan pembangunan dan polisi yang tidak tepat mengawal pembangunan menyebabkan bencana alam kerap berlaku dan semakin besar impak kerosakannya.


"Kestabilan empangan juga wajar diperiksa dari semasa ke semasa kerana Malaysia mempunyai kadar hujan yang tinggi. Apatah lagi kesan fenomena perubahan iklim, cuaca ekstrem kini kerap berlaku yang boleh menjejaskan keselamatan negara," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian


Laksana pelan proaktif, teliti projek beri kesan buruk pada alam


5 views
bottom of page