Kualiti air Sungai Klang ke Kelas 3, dikategorikan sebagai sesuai untuk diminum
- Ridhwanisme
- Jun 17
- 1 min read

SELANGOR
Peningkatan Kualiti Air
Kualiti air Sungai Klang meningkat daripada Kelas 5 ke Kelas 3 dalam tempoh 3 tahun sejak projek Selangor Maritime Gateway (SMG) bermula pada tahun 2022.
Kelas 1 hingga 3 air sungai dikategorikan sebagai sesuai untuk diminum.
Matlamat Penyelenggaraan
Sasaran: Kekalkan Kelas 3 ke atas untuk 80% daripada 365 hari setahun.
Cabaran Pemulihan
25 kawasan industri di sepanjang lembangan Sungai Klang dan 13 anak sungai yang menyumbang pencemaran.
Faktor manusia dan aktiviti perindustrian menjadi cabaran utama.
Lokasi Pemulihan
Blok 1 & 3 melibatkan kawasan:
Padang Jawa
Shah Alam
Puchong
Bandar Sultan Suleiman
Muara Sungai Klang
Pelan Mitigasi Banjir
Dilaksanakan sejak November 2022.
918,936.7 meter padu sisa telah dikeluarkan dari dasar sungai.
Kapasiti Sungai Klang meningkat 18%.
Kerja Pelebaran Sungai
Lebar sungai disasarkan kepada 80–100 meter (asal: 50–60 meter), bergantung pada lokasi.
Sasaran peningkatan kapasiti sehingga 40%.
Komponen Kejuruteraan Utama
Reka bentuk:
Analisis hidrologi & hidraulik
Pemulihan tebing sungai & perlindungan cerun
Keperluan penghalang banjir
Pembinaan
Penyelenggaraan
Skop Projek
Panjang projek: 56km.
Melibatkan 4 blok utama merangkumi kawasan panas banjir dari:
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.
Sejarah Projek
2018: Pelancaran projek SMG oleh kerajaan negeri.
Dipacu oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).
Inisiatif melibatkan:
Pembersihan
Pemulihan
Pembangunan semula Sungai Klang.
Pengembangan Inisiatif
Kini diperluaskan melalui pelan induk SMG Economic Development Zone secara berfasa.
Business Today / Editorial
Comments