top of page

KSSB kukuh kerjasama antara agensi hadapi banjir


KSSB kukuh kerjasama antara agensi hadapi banjir Sinar Harian www.sinarharian.com.my
Proses pemindahan air melalui pam.

Berikutan tragedi banjir yang telah melanda negara pada tahun lalu, Kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dan lebih bersiap siaga dalam menghadapi ancaman banjir yang dijangka akan melanda beberapa daerah dan kawasan berisiko tinggi di negeri Selangor.


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Selangor melalui Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) telah bersinergi untuk bersama-sama menangani bencana banjir melalui kaedah pemasangan pam air.


Keutamaan bagi kerja-kerja pemasangan pam air ini akan dikhususkan di kawasan yang berisiko tinggi dan kerap berlaku banjir apabila tiba musim Monsun Timur Laut dengan peningkatan taburan hujan pada Oktober hingga Disember tahun ini.


Menurut Penolong Pengurus Projek-Projek Khas KSSB, Baharuddin Misman, sebanyak 15 unit pam air akan dipasang di 14 lokasi berisiko tinggi yang melibatkan empat daerah iaitu Klang, Petaling, Gombak dan Sepang.


Lokasi-lokasi yang tersenarai bagi kerja-kerja pemasangan pam air itu ialah Pintu Air di Pasar Jawa, Jalan Landasan, Telok Gadong, Sungai Sireh, Kampung Lombong, Sungai Udang (Klang), Pintu Air di Taman Alam Indah dan Taman Mesra.


Lokasi lain termasuklah Seksyen 13 Shah Alam, Sri Muda, Kampung Melayu Subang (Petaling), Kolam Sungai Kertas (Gombak) dan Pintu Air Parit E, Kampung Labu Lanjut (Sepang). Kerja-kerja pemasangan pam ini telah bermula pada 5 November lalu.


Selain itu, melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), KSSB turut menempatkan sebanyak enam unit pam air yang akan dipasang di beberapa kawasan berisiko banjir khususnya di daerah Kuala Selangor seperti Rantau Panjang, Kampung Asahan, Jeram, dan Tanjung Karang.


Melalui pemasangan pam air ini, air yang bertakung dapat dialihkan dengan kadar segera dan menurunkan paras air di kawasan yang terlibat disebabkan air sungai yang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berikutan kuantiti air sungai melebihi paras kebiasaan.


“Alhamdulillah, pam-pam yang dipasang berfungsi dengan baik dan berjaya menurunkan paras air di kawasan yang terlibat,” Ujar Baharuddin ketika ditemui di salah satu lokasi pemasangan pam air di daerah Petaling.


Sumber: Sinar Harian


2 views

Comments


bottom of page