KPKT lulus peruntukan RM5 juta untuk Hulu Selangor



HULU SELANGOR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan bernilai RM5 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf beberapa infrastruktur di daerah ini.


Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, peruntukan itu merupakan inisiatif melibatkan projek bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.


"Antara projek yang terlibat dalam kelulusan peruntukan itu ialah seperti menaik taraf Taman Awam Jenjarum, Bukit Sentosa dan Dewan Komuniti Serbaguna di Persiaran Seroja.


"Selain itu, peruntukan itu turut meliputi pembinaan Dewan Terbuka Pusat Komuniti Persatuan Penduduk Anggerik 3, Bukit Sentosa dan pembinaan jejantas melintasi Persiaran Seroja antara Masjid Saidina Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bukit Sentosa 2," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.


Zuraida berkata, peruntukan berkenaan juga disalurkan bagi menaik taraf infrastruktur Stadium Mini Kuala Kubu Bharu dan Street Art Bandar Kuala Kubu Bharu.


Menerusi Belanjawan 2021, KPKT turut menerima peruntukan meningkatkan ketersediaan tempat tumpuan pelancong di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan.


Sementara itu, Zuraida pada Selasa turut berkesempatan menyantuni masyarakat dan secara langsung meninjau Street Art Bandar Kuala Kubu Bharu yang merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di sini.


Sumber: Sinar Harian

7 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.