top of page

Kontraktor ECRL nasihat kakitangan warga China bekerja dari rumah


ree
Kontraktor projek ECRL menasihatkan sebahagian kakitangan warga China untuk bekerja di rumah ketika penularan COVID-19 menangguhkan kepulangan mereka daripada musim cuti. - Foto hiasan

ree

KUALA LUMPUR: Kontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menasihatkan sebahagian kakitangan warga China untuk bekerja di rumah ketika penularan COVID-19 menangguhkan kepulangan mereka daripada musim cuti, kata seorang pegawai syarikat, hari ini.


Malaysia menghalang kepulangan 13 kakitangan pengurusan projek ECRL yang balik ke wilayah Hubei, pusat utama wabak itu, semasa cuti Tahun Baharu Cina.


Pengarah Urusan CCC-ECRL, Bai Yinzhan, berkata kakitangan yang terkesan boleh bekerja dari rumah masing-masing di Wuhan, ibu negeri wilayah berkenaan, ketika sekatan sementara Malaysia itu.


“Mereka boleh bekerja dari rumah,” katanya pada satu taklimat media.

ree

“Tiada impak besar ke atas kerja. Kami boleh menggunakan platform rangkaian video untuk terus berkomunikasi.”

Hampir 200 kakitangan warga China, yang pulang semasa cuti tahunan itu, kini kembali bekerja selepas dikuarantin selama 14 hari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.


Darwis berkata, penularan virus itu dijangka tidak menangguhkan kerja pembinaan projek rel sepanjang 640 kilometer itu atau penangguhan pinjaman daripada China Export-Import Bank (China Exim), yang membiayai 85 peratus daripada kos projek terbabit.


“Dari segi agihan, semuanya berjalan lancar,” kata Darwis.


“Kami tidak menerima sebarang petunjuk daripada (China Exim) yang mereka akan menghentikan segala-galanya.”


Malaysia melaporkan 22 kes COVID-19.


Hari ini, pihak berkuasa China melaporkan hampir 1,900 kematian dan lebih daripada 72,000 jangkitan. - Reuters



 
 
 

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page