top of page

Kontraktor direman kes tipu bina, ubah suai rumah


Suspek (tengah) dibawa ke Mahkamah Sungai Petani bagi mendapatkan perintah reman pagi tadi.

SUNGAI PETANI - Seorang kontraktor direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan syarikat pembinaan.


Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz kira-kira jam 10.50 pagi tadi.


Lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai pemilik syarikat pembinaan yang dikaitkan dengan penipuan kira-kira RM500,000 membabitkan pengubahsuaian rumah serta projek membina rumah baharu di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seramai 17 individu dari tiga buah negeri terbabit mendakwa mengalami kerugian mencecah RM481,000 setelah ditipu sebuah syarikat pembinaan sejak 2017.


Sumber: Sinar Harian


136 views
bottom of page