Kontraktor bumiputera semakin tersepit


KUALA LUMPUR 8 Mac - Birokrasi kerajaan kini semakin menyukarkan urusan kontraktor bumiputera.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman selain syarat-syarat perolehan yang semakin sulit, bayaran lewat dan tender terbuka juga menyebabkan kontraktor bumiputera semakin tersepit.


"Kita dapati terdapat tender yang semakin berkurang. Ia sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan komuniti ekonomi bumiputera yang banyak bergantung kepada perolehan daripada kerajaan.


"Tender-tender juga kita dapati dibuka dengan jumlah yang terlampau besar. Oleh yang demikian, ia hanya memudahkan mereka yang mempunyai modal yang besar," katanya dalam sidang akhbar di Royale Chulan The Curve, di sini hari ini.


Perkara tersebut disokong Penolong Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Fauruddin Daud yang menjelaskan syarat-syarat perolehan projek kerajaan kini semakin sulit.


Kata beliau, syarat-syarat tender telah diubah apabila kerja-kerja kejuruteraan awam ditambah keperluan untuk mempunyai bidang kerja elektrik.


"Ini beban kerana sudahlah tender berkurang, kita terpaksa pula menambah kakitangan," katanya.


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #kontraktor #bumiputera


147 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.