Kompleks Hybrid Shipyard di Tanjung Agas, Pahang dijangka sedia 25,000 pekerjaan
- Ridhwanisme
- Aug 20
- 1 min read

TANJUNG AGAS, PAHANG
Skala Projek dan Nilai Pelaburan
Kompleks Hybrid Shipyard Tanjung Agas akan dibangunkan di kawasan seluas 408.92 hektar (1,010 ekar).
Nilai pelaburan mencecah RM75 bilion, menjadikannya antara projek maritim terbesar di Malaysia.
Projek ini akan siap secara berfasa dan dijangka selesai pada 2029.
Impak Ekonomi dan Pekerjaan
Dijangka 25,000 peluang pekerjaan diwujudkan, khususnya untuk rakyat Pahang.
Memberi limpahan ekonomi bukan sahaja kepada Pekan, tetapi juga kepada sektor sokongan seperti logistik, perhotelan, penyelenggaraan, dan perkhidmatan sokongan kejuruteraan.
Kepentingan Strategik
Pahang berpotensi menjadi Hab Maritim Serantau, menarik pelaburan asing dalam industri pembinaan kapal dan penyelenggaraan.
Kompleks ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri shipbuilding & ship repair (SBSR), bersaing dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
Faktor Pelabur & Tadbir Urus
Kerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang menekankan pendekatan mesra pelabur dengan pengurangan karenah birokrasi melalui sistem fast-track.
Namun, pematuhan peraturan tetap ditekankan bagi memastikan keseimbangan antara kelajuan pelaksanaan dan kawalan kualiti.
Potensi Industri & Tenaga Kerja Tempatan
Projek ini memberi ruang besar kepada kontraktor tempatan dalam bidang kejuruteraan maritim, struktur keluli, pembinaan dermaga, kejuruteraan elektrik mekanikal (M&E), dan infrastruktur sokongan.
Berpotensi membuka kerjasama dengan institusi pendidikan/TVET untuk melatih tenaga kerja khusus dalam kejuruteraan maritim.
Pahang Media | Ain Nadhirah Basha





Comments