top of page

Kimlun dapat projek bina rangkaian jalan Sarawak-Sabah


Kimlun Corp memperoleh projek pembinaan dan pesanan pembuatan bernilai RM1 bilion tahun ini - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd, Kimlun Sdn Bhd, diberikan kontrak pelaksanaan kerja-kerja utama bagi pembinaan dan penyelenggaraan projek pembinaan Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) bagi persimpangan Lawas-Long Lopeng bernilai RM780 juta oleh Samling Resources Sdn Bhd.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Kimlun Corp menjelaskan projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kimlun Group bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak.


"Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau individu berkaitan dengan mereka yang mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak berkenaan," jelasnya.


Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada suku kedua 2025.


Syarikat itu menambah, projek pembinaan dan pesanan pembuatan yang diperoleh setakat ini bagi 2021 keseluruhannya bernilai RM1 bilion. -BERNAMA


Sumber: Berita Harian

31 views
bottom of page