top of page

Keuntungan suku pertama E&O meningkat luar biasa


Keuntungan suku pertama E&O meningkat luar biasa
Eastern & Oriental Bhd (E&O)

Keuntungan suku pertama E&O meningkat luar biasa

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai dan selepas cukai suku pertama tahun kewangan 2024 Eastern & Oriental Bhd (E&O) melonjak ketara masing-masing 11 dan 43 kali ganda kepada RM35.8 juta dan RM36.9 juta, daripada RM3.2 juta dan RM900,000 yang dicatatkan setahun lalu.


Dalam satu kenyataan, pemaju hartanah gaya hidup perdana berkata, hasil kumpulan juga meningkat 11.5 peratus kepada RM85.4 juta pada suku dikaji, berbanding RM76.6 juta pada suku yang sama tahun lalu.


Katanya, peningkatan itu disumbangkan hasil yang lebih tinggi daripada segmen hartanah sebanyak 6.2 peratus kepada RM60.9 juta pada suku pertama daripada RM57.4 juta dipacu hasil yang lebih tinggi daripada tebus guna tanah dan projek Arica@Andaman yang baru dilancarkan kumpulan terbabit.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Segmen hospitaliti juga mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM23.4 juta atau 27.2 peratus berbanding RM18.4 juta setahun yang lalu didorong kadar penghunian lebih tinggi di Eastern & Oriental Hotel (Pulau Pinang) dan E&O Residences (Kuala Lumpur) kebanjiran pelancong domestik dan antarabangsa," katanya.


Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong, berkata kadar pengambilan kukuh yang ketara untuk dua projek hartanah yang baru dilancarkan syarikat di Pulau Andaman iaitu The Meg dan Arica mencerminkan rekod prestasi dan pengiktirafan pasaran kepada sebagai pemaju gaya hidup.


"Begitu juga hotel kami di Malaysia dan London yang menunjukkan kadar penghunian yang lebih tinggi, ditambah pula dengan permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan jamuan kami bagi acara korporat dan swasta," katanya.


Melangkah ke hadapan, Tuck Cheong berkata, E&O menjangkakan pasaran hartanah di Malaysia akan bertambah baik terutamanya untuk lokasi yang strategik.


"Sektor pelancongan juga menyaksikan pemulihan yang stabil didorong oleh peningkatan permintaan untuk tempahan hotel.


"Oleh itu, kami optimistik dengan berhati-hati bahawa kami akan dapat melaksanakan rancangan dan strategi kami untuk membawa kumpulan ke tahap yang lebih tinggi.


"Pelancaran penawaran produk baharu kami sudah dalam perancangan, dengan projek baharu akan dilancarkan pada suku keempat tahun kewangan 2024," katanya.


Sumber: Berita Harian


Keuntungan suku pertama E&O meningkat luar biasa


تعليقات


bottom of page