top of page

Keselamatan pekerja sektor pembinaan perlu dititikberatkan - Lam Thye



ASPEK keselamatan dan kesihatan pekerja dalam sektor pembinaan harus dititikberatkan kerana pekerja adalah aset yang menyumbang kepada keuntungan dan produktiviti syarikat yang terbabit dalam industri pembinaan, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye hari ini.


Beliau berkata industri pembinaan adalah tulang belakang kepada pembangunan negara di samping menjadi salah salah satu sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara dalam meningkatkan kualiti kehidupan, memberikan peluang pekerjaan serta pembangunan kepada industri lain.

“Tidak dinafikan masih ada sebilangan syarikat kecil yang mengabaikan aspek keselamatan ini, umpama pengurusan yang lemah; yang sekali gus menjejaskan daya saing serta kualiti syarikat,” katanya ketika berucap pada Forum Keselamatan dan Kualiti, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di Kuching.


Lam Thye yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) selama 27 tahun berkata menurut statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) 3,911 kemalangan dalam sektor pembinaan dicatatkan pada tahun 2018, yang membabitkan 169 kematian.


Sumber: Harian Metro


32 views
bottom of page