Kes runtuhan di Terminal Bas Bersepadu Gombak: JKKP arah operasi dihentikan


Anggota bomba di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak, di Kuala Lumpur, yang runtuh awal pagi tadi. - NSTP/Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis p

pemberhentian kerja serta-merta di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak, di sini, yang runtuh awal pagi tadi.


Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Husdin Che Amat, berkata notis dikeluarkan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 itu berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.


“Menerusi notis berkenaan, tapak ditutup sementara.

“Ketika ini operasi menyelamat sedang dilakukan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.


“Selepas kerja menyelamat selesai, barulah ia (tapak) diserahkan kepada pihak JKKP dan agensi lain untuk siasatan bagi mengenalpasti punca dan tindakan lanjut,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.


Media hari ini melaporkan dua pekerja pembinaan maut manakala tiga cedera selepas sebahagian daripada struktur bangunan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak, di sini, runtuh awal pagi tadi.


Kejadian berlaku berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, Taman Melati, di sini.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #LRT #JKKP #Gombak

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.