Kerjasama kerajaan negeri penting tingkat capaian jalur lebar


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 12 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan kerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).


Bagi melaksanakan program tersebut, satu pertemuan dengan wakil kerajaan negeri seperti Perak, Sarawak, Kedah, Melaka dan Selangor akan diadakan dalam masa terdekat.


Menurut Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak, menerusi NFCP, rakyat dapat menikmati capaian internet yang lebih baik dengan liputan luas pada harga berpatutan.

“Sasaran NFCP adalah mewujudkan rangkaian jalur lebar pada purata kelajuan 30 megabit sesaat (mbps) pada 98 peratus kawasan penempatan dan kelajuan Gigabit dekat semua ibu negeri menjelang tahun 2023.


“Perkhidmatan jalur lebar talian tetap lebih rendah berbanding mudah alih (mobile), justeru MCMC harap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mewujudkan rangkaian lebih luas di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, pada 2018, kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 rumah meningkat daripada 117.3 kepada 121.1 peratus dengan 36.8 juta pelanggan menikmati perkhidmatan mudah alih berbanding talian tetap seramai 2.66 juta orang.

Al-Ishsal berkata, satu jawatan kuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow diwujudkan selepas pihaknya mengadakan pertemuan bagi merancang pelan pembangunan telekomunikasi di negeri berkenaan semalam.


“Justeru, kerjasama erat antara MCMC dengan kerajaan negeri adalah penting bagi memastikan keberkesanan pelan NFCP untuk menyediakan capaian jalur lebar berkualiti,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #MCMC #5G

11 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.