top of page

Kerja naik taraf Jalan Lok Kawi-Papar sudah tahap mendesak



Papar: Keperluan menaik taraf Jalan Lok Kawi-Papar, di sini, sudah mencapai tahap mendesak berikutan kesesakan teruk.


Sebagai permulaan laluan sepanjang 1.3 kilometer yang bermula dari Bulatan Sabindo hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut, di sini, dinaik taraf dengan kos RM67 juta.


Kementerian Kerja Raya (KKR) disaran untuk menyegerakan proses penilaian reka bentuk dan pengeluaran tender bagi mempercepatkan projek menaik taraf laluan berkenaan yang sudah diluluskan peruntukannya oleh kerajaan persekutuan.


Projek itu kini di peringkat penyiapan reka bentuk sebelum proses penilaian dan pembukaan tender pada Januari depan, disusuli pemilihan kontraktor manakala permulaan kerja tapak dijangka pada Mei 2025.


Projek ini membabitkan kerja menaik taraf jalan sedia ada daripada selorong sehala kepada jalan berkembar dua lorong dua hala.


Projek ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengatasi kesesakan yang menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya dan memastikan peruntukan yang sudah ada itu dimanfaatkan sebaik mungkin.


Ribuan pengguna yang melalui jalan singkat menghubungkan pekan Papar dengan Lok Kawi dan Kota Kinabalu itu berdepan kesesakan yang teruk setiap hari berikutan keadaan laluan sedia ada yang sempit.


Berdasarkan bancian lalu-lintas pada 2021, dianggarkan 27,000 kenderaan menggunakan laluan itu setiap hari.


Jumlah itu dianggarkan sudah meningkat kepada 30,000 kenderaan pada masa ini sedangkan had standardnya hanya 25,000 kenderaan sehari.


Memang sudah tiba masanya projek menaik taraf jalan raya ini dilaksanakan, bukan saja untuk manfaat rakyat Papar, malah pengguna dari daerah lain.


Projek yang dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan itu perlu bagi mengurangkan masalah kesesakan yang teruk.


Sumber: Harian Metro

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page