top of page

Kerani rugi ditipu RM11,600


KUANTAN 26 Feb. - Seorang kerani terpaksa berputih mata apabila kerugian RM11,600 akibat ditipu sindiket pinjaman tidak wujud menerusi laman sosial Instagram di Jerantut, dekat sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusuf berkata, pada 18 Februari lalu, mangsa yang berusia 56 tahun tertarik dengan iklan pinjaman 'SME Bank' melalui Instagram dan mahu membuat pinjaman RM5,000.


Katanya, mangsa berurusan dengan individu dikenali sebagai Ms. Nini daripada syarikat 'SME Bank' melalui nombor 014-6304651 dan Ms. Jenny melalui nombor 014-6305561.


"Bermula 21 Februari sehingga 23 Februari lalu, mangsa telah membuat lapan transaksi wang dengan jumlah keseluruhan RM11,600 melalui Maybank2u ke akaun RHB bernombor 10108000842740 untuk tujuan pelbagai jenis bayaran bagi mendapatkan pinjaman tersebut.


"Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis kerana berasa diri tertipu selepas diminta membuat beberapa bayaran sedangkan wang yang dibayar melebihi wang yang ingin dipinjam untuk tujuan mendapatkan lesen kontraktor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Wazir berkata, modus operandi suspek adalah memperdaya dengan menawarkan pinjaman yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa membuat pelbagai bayaran.

"Siasatan diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Utusan Online


24 views
bottom of page