top of page

Kerajaan tiada kapasiti selamatkan MAS - Mohamed Azmin

  • Mar 21, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kerajaan akan meneliti pilihan lain yang ada sebelum membuat keputusan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd. (MAS) daripada terus mengalami kerugian.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut daripada kerajaan juga hanya sebagai salah satu pilihan.


“Kerajaan tiada kapasiti memperuntukkan dana bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Bhd.. Ia hanya pilihan, tetapi tentunya kita ingin melihat apakah pilihan terbaik yang ada.


“Kita telah memperuntukkan wang yang banyak dalam tempoh lima tahun ini dan pada masa ini kita tiada kapasiti untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.



 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page