top of page

Kerajaan Sarawak pertimbang menambah peruntukan projek SSLR



GEDONG: Kerajaan Negeri Sarawak bersedia mempertimbangkan pemberian penambahan jajaran atau pun peruntukan bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Sarawak-Sabah Lind Road (SSLR).


Premier Sarawak berkata, pertimbangan itu akan melihat kepada prestasi baik projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan di negeri ini.


“Kita akan lihat keadaan kalau prestasi baik, tentu sekali kita sumbangkan juga.


“Tetapi dari segi tanah, buat masa ini, saya tidak tahu dulu,” katanya kepda media di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai projek SSLR yang diumumkan kerajaan persekutuan selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sarawak X-Tive 2022 di sini semalam.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan akhbarnya berkata, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Lebuhraya Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Trans Borneo yang akan melengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dijalankan di Sarawak dan Sabah.


Beliau berkata, kemajuan pembinaan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak melibatkan 786 km telah mencapai tahap 78 peratus manakala fasa pertama projek tersebut di Sabah telah mencapai 52 peratus dan ia dijangka siap menjelang Oktober 2024.


“Bagi menambah baik lingkaran jalan untuk Keluarga Malaysia di Sabah, kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaan 19 pakej kerja tambahan di negeri ini.


“Pakej kerja tambahan itu akan melibatkan 367 kilometer dengan tempoh pembinaan selama lima tahun.


“Bagi Sarawak pula, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan SSLR dan Projek Lebuhraya Trans Borneo,” katanya.


Pelaksanaan projek berimpak tinggi ini ujarnya, diharap dapat merangsang pembangunan ekonomi negara, meningkatkan daya saing negara dan kesejahteraan rakyat.


Sementara itu mengenai program Sarawak X-Tive 2022 itu Abang Johari menggalakkan masyrakat terlibat dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan kualiti kesihatan.


“Kita menggalakkan masyarakat supaya mereka mengamalkan cara hidup yang sihat kerana kita tahu sekarang ini apabila terlalu sibuk kita lupa menjaga diri.


“Nasihat daripada pakar-pakar kesihatan selalu mengatakan bahawa kita mesti tahu bagaimana kita menguruskan masa, sebahagian masa kita gunakan untuk kegiatan riadah dan ini akan memberikan rangsangan kepada cara hidup kita.


Ujar beliau lagi, kerajaan juga menggalakkan masyarakat mengurus masa dengan bijak.


“Kalau terlalu sibuk lupakan kesihatan, ia akan menjejaskan produktiviti dan kalau produktivi terjejas, tentu sekali ia akan menjejaskan ekonomi secara tidak langsung sebab itu kita galakkan masyarakat mengamalkan aktiviti beriadah,” kata beliau.


10 views

Comments


bottom of page