Kerajaan sambung projek solar di Sabah


SHAMSUL Anuar Nasarah (dua dari kanan) mendengar taklimat ketika melawatb tapak Projek Pengukuhan Sistem Penghantaran Elektrik Melalui Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132KV bagi PMU di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan meneruskan pelaksanaan Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Sabah yang sebelum ini tertangguh lebih empat tahun.


Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, projek tersebut membolehkan sebanyak 63 megawatt (MW) kapasiti penjanaan dariPADA tenaga suria dapat dihasilkan untuk kegunaan orang ramai.


“11 pembida berjaya dalam LSS1 dan LSS2 yang sebahagian besarnya adalah pelabur tempatan akan dapat meneruskan pelaksanaan projek dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM250 juta dan boleh memberi peluang pekerjaan kepada lebih 750 penduduk.


“Kerajaan juga komited meningkatkan kapasiti penjanaan daripada tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran kapasiti penjanaan di samping mengawal bebanan tarif kepada pengguna,” katanya


Projek tersebut tertangguh lebih empat tahun melibatkan bidaan pusingan pertama yang diadakan pada 2016 dan pusingan kedua pada 2017.


Kerajaan meneruskan projek itu apabila pembida bersedia menurunkan harga tawaran asal berikutan penurunan harga panel solar dan penyongsang di pasaran.


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #Sabah #solar

3 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.