top of page

Kerajaan negeri Kelantan minta maaf isu bekalan air


DATUK Ahmad Yakob (empat kiri) meninjau gerak kerja pembaikian paip pecah di Pulai Chondong, di sini, hari ini. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

"Disebabkan kapasitinya besar ia mengambil masa lama, namun kami menjangkakan bekalan air ini dapat dibekalkan kepada rakyat terjejas pada hari ini.


"Kami memohon maaf kepada rakyat dan berharap supaya mereka bersabar beberapa jam lagi sebelum bekalan air dapat disambung kepada mereka yang terjejas," katanya dalam sidang media selepas meninjau gerak kerja pembaikian paip pecah di Pulai Chondong, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Datuk Dr Azuhan Mohamed.


Ahmad berkata, bagi menangani masalah sepanjang gangguan bekalan air itu, semua pihak bekerja keras untuk membaik pulih kerosakan bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air secepat mungkin.


Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya menzahirkan ucapan penghargaan kepada negeri terbabit iaitu Selangor, Melaka, Johor, Terengganu, dan Perak yang membekalkan 11 lori tangki air kepada kawasan terjejas.


Sumber: Harian Metro


4 views
bottom of page