top of page

Kerajaan Kedah minta RTB diteruskan


Kerajaan Kedah minta RTB diteruskan Harian Metro www.hmetro.com.my
Gambar hiasan: Kerajaan Kedah minta RTB diteruskan

Kuala Nerang: Kerajaan Pusat diminta meneruskan projek tebatan banjir (RTB) di Kedah yang diluluskan pentadbiran lalu, bagi mengatasi masalah banjir dalam tempoh jangka panjang.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata Kerajaan Pusat diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat kepentingan projek RTB kepada rakyat.


"Buat masa ini kita belum menerima sebarang arahan daripada Kerajaan Persekutuan, sama ada kita perlu menangguhkan projek itu atau tidak.


"Bagaimanapun, kita harap Perdana Menteri meneruskan projek yang diluluskan kerajaan terdahulu walaupun berbeza fahaman politik ketika ini," katanya ketika hadir program Hari Apresiasi Sumber Air di sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syed Amaludin Syed Musa dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Naser Salim.


Sementara itu, Syed Amaludin berkata, LSANK akan meneruskan pembinaan empangan sabo di Titi Hayun, Yan dan di Kampung Iboi, Baling seperti dirancang sebelum ini.


"Setakat ini, empangan sabo di Yan sudah mencapai 90 peratus siap bagi fasa pertama, manakala projek sama di Kampung Iboi masih dalam proses melantik perunding. Kesemua projek ini akan diteruskan," katanya.


Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rancangan membina empangan sabo bagi mengurangkan risiko banjir akibat aliran puing seluruh negara susulan kejadian di Kupang, Baling.


Empangan sabo adalah empangan kecil dalam aliran sungai, yang mana jika berlaku insiden seperti kepala air, kayu akan tersekat dan tidak akan menghilir.


Pada 7 Oktober lalu, media melaporkan kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga 2030 sebagai strategi jangka panjang menghadapi perubahan iklim di seluruh negara.


Sumber: Harian Metro


9 views

Комментарии


bottom of page