top of page

Kerajaan Indonesia cadang lanjut projek kereta api laju ke Surabaya fasa dua


Kerajaan Indonesia cadang lanjut projek kereta api laju ke Surabaya fasa dua
Kereta api laju Jakarta-Bandung juga mungkin menjadi model untuk memacu projek lain yang serupa yang masih menghadapi pelbagai cabaran di rantau ini.- Foto AP/Dita Alangkara

Kerajaan Indonesia cadang lanjut projek kereta api laju ke Surabaya fasa dua

JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi yang paling dinantikan di Indonesia dijangka dilancarkan awal bulan depan selepas beberapa tahun ditangguhkan.


Perkhidmatan kereta api itu akan memendekkan perjalanan antara Jakarta dan kota Bandung di Jawa Barat dalam masa kira-kira 45 minit sahaja yang mana perjalanan biasanya mengambil masa tiga jam dengan kereta api biasa.


Dalam pada itu, kerajaan Indonesia kini sedang meninjau kemungkinan melanjutkan projek rel itu melepasi jajaran Jakarta-Bandung sepanjang 142 km.Ia merancang fasa dua perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi dengan memanjangkan laluan ke Surabaya di Jawa Timur, kira-kira 700 km ke arah timur dari Jakarta, untuk mengimbangi kecekapan dan keuntungan.


Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pengangkutan pertubuhan bukan Kerajaan di Jakarta, Deddy Herlambang memaklumkan kereta api berkelajuan tinggi tidak boleh beroperasi sejauh 142 km sahaja memandangkan pelaburannya terlalu mahal.


“Amat membazir jika hanya (beroperasi) ke Bandung. Di samping itu, kami mempunyai hutang dengan bank China. Ia akan menjadi lebih logik jika rel dilanjutkan lebih jauh, jadi ia akan menjadi lebih cepat untuk mendapatkan balik pelaburan,” katanya.


Tambah beliau, kereta api laju Jakarta-Bandung juga mungkin menjadi model untuk memacu projek lain yang serupa yang masih menghadapi pelbagai cabaran di rantau ini.


Memetik laporan CNA, kereta api generasi baharu itu direka bergerak pada kelajuan tertinggi 420 km/j namun atas sebab keselamatan, pihak berkuasa memaklumkan kelajuan diluluskan kepada 350 km/j.


Keputusan ini dibuat selepas kereta api melalui beberapa ujian pada kelajuan ini tanpa sebarang masalah.


Dalam pada itu, penumpang boleh menikmati perkhidmatan percuma selama dua bulan selepas pelancaran yang mana merupakan sebahagian daripada kempen pengenalan dan operasi komersial.


Sumber: Astro Awani


Kerajaan Indonesia cadang lanjut projek kereta api laju ke Surabaya fasa dua


留言


bottom of page