top of page

Kementerian Kerja Raya dicadang buka tender pra-kelayakan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo


Kementerian Kerja Raya dicadang buka tender pra-kelayakan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo
Gambar hiasan: Menara KKR

Kementerian Kerja Raya dicadang buka tender pra-kelayakan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo

KUCHING: Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan dicadangkan agar membuat tender pra-kelayakan berbanding tender terbuka bagi mempercepatkan proses tender pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan, walaupun fasa satu lebuh raya itu telah mencapai 98 peratus siap, 35 pakej kerja di Sabah kini terpaksa menanggung beberapa cabaran.


“Berdasarkan laporan Kementerian Kerja Raya, proses tender dijangka siap tahun ini bagi baki pakej yang masih belum ditender.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Tetapi seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkata malam tadi, kita perlu pantas apa yang kita boleh. Sebab itu saya cadangkan mereka buat tender pra-kelayakan.


“Sekiranya kita membuat tender terbuka, ia akan mengambil masa terlalu lama tetapi dengan tender pra-kelayakan, akan ada kriteria dan hanya sesiapa yang berminat akan mengambil tender,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Sara Hidup Peringkat Negeri di Dewan Hikmah Kuching, di sini hari ini.


Tambah Fadillah, walaupun ada yang telah ditender, terdapat kira-kira 18 lagi yang perlu ditender.


Justeru itu, beliau menegaskan dengan tender pra-kelayakan ini nanti, hanya mereka yang layak dalam kriteria akan dipanggil untuk mendapatkan tender.


“Jika kita menggunakan proses tender terbuka, bukan sahaja ramai yang akan memohon dan ia akan mengambil sedikit masa untuk diproses, tetapi kriteria kontraktor mungkin tidak boleh dipercayai seperti yang kita harapkan.


“Ini sekali gus akan menjejaskan pelaksanaan projek secara keseluruhan,” katanya.


Semalam dalam ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuching, beliau mengumumkan peruntukan tambahan lebih RM1 juta untuk memulakan kerja membangunkan infrastruktur di sempadan Sarawak dan Sabah.


Sumber: Utusan


Kementerian Kerja Raya dicadang buka tender pra-kelayakan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo


bottom of page