Kemalangan maut 'Signalman' digilis lori di tapak pembinaan, mangsa dipercayai terjatuh ke kawasan titik buta sebelum digilis tayar lori tipper ketika memberi arahan undur
- Ridhwanisme
- May 25
- 1 min read

KUALA LANGAT, SELANGOR
Maklumat Umum Kejadian
Lokasi: Tapak pembinaan di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.
Tarikh kejadian: Khamis, 23 Mei 2025.
Masa: Sekitar jam 3.35 petang.
Mangsa: Seorang pekerja yang bertugas sebagai signalman.
Punca: Mangsa dipercayai terjatuh ke kawasan titik buta sebelum digilis tayar lori tipper ketika memberi arahan undur.
Tindakan JKKP Selangor
Maklumat kejadian diterima pada hari yang sama.
Pemeriksaan tapak dilakukan keesokan harinya.
Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu dikeluarkan bagi menghentikan kerja penambakan tanah serta-merta.
Notis Larangan turut dikeluarkan atas kegagalan majikan menyediakan sistem kerja selamat dan kawalan pergerakan lori.
Pematuhan Perundangan
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Jika disabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000.
Sinar Harian / Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki





Comments