top of page

Kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak kini capai 78 peratus


Kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak kini capai 78 peratus
JKR Sarawak memaklumkan apabila siap kelak, ia menyingkatkan 6.4 kilometer perjalanan antara bandar Bintulu dan Lapangan Terbang Bintulu.

Kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak kini capai 78 peratus

KUCHING, 16 April: Kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak mencapai 78.04 peratus sehingga 12 April 2024. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan apabila siap kelak, ia menyingkatkan 6.4 kilometer perjalanan antara bandar Bintulu dan Lapangan Terbang Bintulu.


Sehubungan itu, Pengarah JKR Sarawak Datu Richard Tajan bersama rombongan mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan dan penyiapan Jambatan Bintulu-Jepak pada Isnin.


“Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memantau perkembangan projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak sepanjang 1.2 kilometer dan jalan raya sepanjang 3.5 kilometer yang merentasi Kuala Kemena,” JKR dipetik menerusi hantaran Facebook rasminya.


Skop pembinaan jambatan Bintulu-Jepak meliputi empat lorong (dua hala) termasuk pembinaan jejambat yang menghubungi Jalan Ahmad Zaidi dan Jalan Tun Razak dan Jalan Abang Galau.


Terdahulu, Richard serta rombongan mendengar taklimat yang disampaikan wakil kontraktor mengenai status terkini projek.


Beliau turut berkesempatan menyaksikan pemasangan stay cable terakhir di East Tower Jambatan Jepak.


Sumber: TVS


Kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak kini capai 78 peratus

bottom of page