Kelulusan untuk bina lebuh raya saja, bukannya lapangan terbang



Alor Setar: Kerajaan negeri mendedahkan, Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) belum mendapat kelulusan Kerajaan Pusat kerana ia tidak dibentangkan kepada Kabinet lagi.


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KXP kini berada pada peringkat mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 27 Oktober ini.


Jelasnya, sebahagian data, angka dan kajian yang dibuat 12 konsultan berkaitan KXP akan dibentangkan kepada MPFN terlebih dahulu sebelum dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan kelulusan lanjut.


"Perkara ini (KXP) tidak pernah masuk MPFN lagi, daripada dahulu, kerajaan negeri lama umum sejak 2013 tetapi sampai tahun ini tidak pernah masuk MPFN dan tidak pernah masuk ke Kabinet.


"Kementerian Kewangan tidak tahu, Menteri Pengangkutan tidak tahu, hanya berpusing sembang di luar. Ini baharu kerajaan negeri hendak bawa masuk (untuk dapat kelulusan) Kabinet.


"KXP ini membabitkan beberapa komponen seperti aeropolis dan semikonduktor, yang hanya dapat kelulusan hanya pembinaan lebuh raya sahaja," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Pada Ogos 2019, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengumumkan, KXP yang diterajui KXP AirportCity Holding Sdn Bhd dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.


Mukhriz berkata, kerja menyediakan tapak projek dijangka bermula pertengahan 2020 selepas pelan induk KXP siap sepenuhnya.


Mengulas lanjut, Sanusi berkata, KXP perlu mendapat kelulusan Kabinet sebelum agensi berkaitan dapat melakukan urusan seperti pengambilalihan tanah dan memulakan kerja pembinaan lapangan terbang.


"MPFN dalam mesyuarat terakhir sebelum ini terpaksa menangguhkan KXP kerana Kementerian Kewangan mahu ia dibawa dahulu kepada Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).


"Jika ia dibawa ke NASP, maka KXP akan tertangguh tiga tahun. Jadi kerajaan negeri tubuhkan 'task force' bersama Kementerian Pengangkutan bagi mempercepatkan proses pembentangan kepada NASP bagi mendapat kelulusan interim," katanya.


Projek KXP dijangka membabitkan kos RM6.8 bilion iaitu RM2.5 bilion bagi mengambil alih tanah, RM2.5 bilion bagi pembinaan terminal dan landasan serta RM1.8 bilion bagi pembinaan lebuh raya menghubungkan Kulim ke Sungai Petani.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #Kedah

6 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.