top of page

Kelington bakal pengeluar karbon dioksida cecair utama negara


Kelington bakal pengeluar karbon dioksida cecair utama negara
Kelington Group Bhd

Kelington bakal pengeluar karbon dioksida cecair utama negara

KUALA LUMPUR: Kelington Group Bhd bakal menjadi pengeluar karbon dioksida cecair (LCO2) utama di Malaysia apabila pengembangan fasa dua (P2) kemudahan di Kerteh, Terengganu dijadual siap pada suku ketiga tahun ini, dengan pengeluaran utama akan bermula pada suku terakhir 2023.


Penganalisis RHB Investment Bank, Jeffrey Tan, berkata pengembangan itu membabitkan kapasiti tambahan sebanyak 70,000 tan, berbanding 50,000 tan pada masa ini.


Beliau berkata, penggunaan P2 dijangka mencecah sekitar 30 peratus menjelang akhir tahun, dengan kenaikan tahunan antara 20 hingga 30 peratus.


Katanya, pertumbuhan sepatutnya akan terus dirangsang oleh jejak operasi luar negara yang lebih luas dan penembusan ke pasaran Oceania yang bergantung pada LCO2 diimport bagi memenuhi keperluan tempatan.


"Kami dapati terdapat sedikit kelewatan pada projek gas di tapak di Kulim yang sekarang bakal dimulakan pada


suku pertama 2024 (sebelum ini suku keempat 2023).


"Kelewatan ini tidak begitu memberi kesan kerana hal ini terjadi atas permintaan pelanggan, dengan pengebilan sewaan diteruskan," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Tan berkata, menurut SEMI, jualan pembuatan wafer dijangka menyusut 18.6 peratus kepada AS$76.4 bilion pada 2023 walaupun adanya jangkaan lantunan 14.8 peratus pada 2024.


"Kami terus maklum akan cabaran-cabaran yang menjejaskan sektor cip yang akan terus mengganggu gugat prospek industri pembikinan wafer, dengan sesetengah foundri sudah berhenti mengembangkan kapasiti mereka, iaitu segmen pelanggan penting buat Kelington," katanya.


Beliau bagaimanapun berkata, Kelington dijangka mencatatkan prestasi kewangan suku kedua 2023 yang baik, disokong oleh buku pesanan kukuh sejumlah RM2.3 bilion setakat akhir April 2023.


"Memandangkan segmen ketulenan ultra tinggi (UHP) membentuk sebahagian besar buku pesanan, kami menjangkakan margin kasar yang semakin kukuh," katanya.


Tan berkata, berdasarkan pertemuan dengan pihak pengurusan Kelington baru-baru ini, momentum perolehan


yang kukuh sepatutnya diteruskan pada suku kedua 2023, didorong oleh buku pesanan belum bayar yang besar milik kumpulan.


"Risiko-risiko utama termasuklah perolehan dan penambahan buku pesanan lebih lemah daripada jangkaan, penangguhan pelaksanaan projek, dan penurunan nilai dalam sektor teknologi," katanya.


RHB Investment Bank memberikan saranan 'neutral' terhadap saham Kelington dengan sasaran harga baharu RM1.51 berbanding RM1.44 sebelum ini, potensi kenaikan kenaikan empat peratus dengan kadar hasil dividen kira-kira tiga peratus bagi tahun kewangan 2023.


Sumber: Berita Harian


Kelington bakal pengeluar karbon dioksida cecair utama negara

2 views

Kommentarer


bottom of page