top of page

Kekangan tanah kosong punca KKM sukar tambah parkir di hospital


Kekangan tanah kosong punca KKM sukar tambah parkir di hospital
Gambar hiasan

Kekangan tanah kosong punca KKM sukar tambah parkir di hospital

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini lebih memberi tumpuan kepada usaha menyediakan keperluan penjagaan kesihatan dan perubatan, berbanding pembinaan tempat letak kereta bertingkat.


Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata kekangan tanah kosong dan bersesuaian dalam kawasan hospital turut mengehadkan usaha KKM memperbanyakkan tempat meletak kenderaan.


Bagaimanapun, katanya, bagi penambahan bangunan dan perkhidmatan hospital pada masa depan, KKM akan mempertimbangkan penyediaan tambahan tempat letak kereta bagi menampung keperluan yang dijangka meningkat bergantung kepada peruntukan yang dapat disediakan.


"Bagi kemudahan baharu, perancangan KKM adalah untuk mereka bentuk tempat letak kereta sebagai sebahagian podium bangunan utama.


"Pada masa ini beberapa inisiatif sudah dilaksanakan bagi mengatasi masalah letak kereta yng kritikal di kebanyakan hospital utama di negara ini, antaranya kolaborasi untuk menggunakan tempat letak kereta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang menyatakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan membina tempat letak kereta bertingkat di seluruh hospital kerajaan.


Sementara itu, Lukanisman berkata, perubahan amalan gaya hidup lelaki dengan lelaki adalah sebahagian besar penyumbang jangkitan HIV di negara ini.


Katanya, 90 peratus jangkitan HIV bagi penduduk di negara ini membabitkan golongan lelaki.

"Data menunjukkan jangkitan bermula dari umur 20 tahun, bermaksud ia sudah berlaku di tempoh usia remaja dan di peringkat persekolahan.


"Isu pengantunan seksual adalah punca sebahagian kanak-kanak dipaksa memilih gaya hidup tidak sihat ini," katanya menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (BN-Kuantan) berhubung tindakan kawalan dan pencegahan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar di sekolah menengah dan peringkat institut pengajian tinggi.


Sumber: Berita Harian


20 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page