Kedah harap diberi keutamaan laksana projek infra luar bandar



Alor Setar: Kerajaan negeri berharap Kedah berada dalam senarai utama pelaksanaan projek pembangunan infra luar bandar berjumlah RM2.7 bilion yang dibentangkan pada Belanjawan 2021.


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini termasuk projek Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah yang disebut secara khusus bagi memastikan masalah bekalan air dapat diselesaikan secara menyeluruh.


Katanya, pada masa sama kerajaan Pusat juga perlu membantu menaik taraf jalan ban di kawasan Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (Mada) berikutan ia termasuk di kawasan luar bandar.


"Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini adalah bersifat inklusif yang bermatlamat membawa kesejahteraan bagi semua kelompok masyarakat.


"Kerajaan juga dilihat berusaha mengurangkan beban rakyat dalam menangani impak pandemik Covid-19 yang belum tentu bila akan berakhir," katanya dalam kenyataan hari ini.


Muhamad Sanusi berkata, pihaknya turut tertarik dengan banyak penambahbaikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dijenamakan semula menjadi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).


"Langkah kerajaan menerima pakai cadangan pembangkang dalam menyediakan usul belanjawan kali ini, wajar dipuji dan amat kena pada masanya.


"Belanjawan 2021 dengan nilai RM322.5 bilion dianggap sebagai belanjawan terbaik dan diperlukan untuk memulihkan semula ekonomi negara," katanya.


Mengulas lanjut, beliau menegaskan ketika ini adalah masa untuk semua pihak bekerja keras mencapai matlamat pemulihan negara pada tahun hadapan.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #Kedah

1 view0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.