Kecurian dalam unit persendirian bukan tanggungjawab pengurusan kondo
- Ridhwanisme
- Aug 27
- 1 min read

SHAH ALAM, SELANGOR
Keputusan Mahkamah Tinggi: Tanggungjawab Keselamatan Unit Persendirian
Mahkamah memutuskan pihak pengurusan kondominium tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kes kecurian dalam unit persendirian.
Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013 hanya mewajibkan pengurusan menyelenggara ruang bersama (common property), bukan unit individu.
Implikasi: Pemilik unit perlu bertanggungjawab sendiri terhadap keselamatan dalam rumah mereka.
Had Kuasa & Skop SMA 2013
Kewajipan statutori badan pengurusan terhad kepada penyelenggaraan bangunan, fasiliti bersama, dan keselamatan kawasan komuniti.
Tanggungjawab keselamatan unit persendirian hanya boleh diperluas melalui persetujuan penduduk (EGM/AGM) serta kemampuan kewangan penduduk membayar caj tambahan.
Kes Asma Ahmad Shariff v. Pengurusan Tiara Damansara
Pemilik menuntut RM104,200 kerugian + RM4,000 kos pembaikan kerana pecah masuk.
Rayuan ditolak kerana tiada bukti kecuaian pengurusan, malah pengurusan telah melantik syarikat keselamatan berdaftar (Golden Eagle Security Services).
Implikasi: Selagi pengurusan melaksanakan langkah munasabah (contoh: kontrak kawalan keselamatan), liabiliti kerugian dalaman tidak terpakai.
Isu Undang-Undang untuk Pemaju & Badan Pengurusan
Pemaju dan pengurusan perlu jelaskan kepada pembeli tentang limitasi tanggungjawab keselamatan semasa jual beli projek strata.
Perlu ada garis panduan standard dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) dan manual pengurusan strata untuk mengelakkan salah faham.
Kesan kepada Pembangunan Strata & Keselamatan Pemilik Aset
Pemaju perlu menekankan reka bentuk keselamatan yang menyeluruh di peringkat perancangan (CCTV, pintu akses pintar, sistem interkom, dan lain-lain).
Pengurusan strata perlu pastikan kontrak kawalan keselamatan dikemas kini, tetapi elakkan janji berlebihan yang boleh membuka risiko saman.
Pemilik perlu dididik bahawa keselamatan dalaman unit adalah tanggungjawab individu (contoh: pasang grill, sistem alarm, CCTV dalam unit).
Berita Harian | Rahmat Khairulrijal





Comments