top of page

KDN diminta pantau kerja naik taraf penghawa dingin pejabat Imigresen


KDN diminta pantau kerja naik taraf penghawa dingin pejabat Imigresen
Gambar hiasan

KDN diminta pantau kerja naik taraf penghawa dingin pejabat Imigresen

KLANG- Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta memantau kerja naik taraf sistem penghawa dingin pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, yang sedang dilaksanakan ketika ini.


Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau berkata, ini berikutan kerja-kerja naik taraf yang telah dijalankan sejak setahun lalu itu tidak menampakkan sebarang kemajuan.


“Baru-baru ini, saya sendiri pergi ke pejabat itu untuk melihat sendiri kerja-kerja naik taraf yang dilakukan syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan bagi melakukan perkara itu.


“Namun, saya sangat kecewa kerana tidak nampak kerja-kerja itu dilaksanakan. Harap wakil dari KDN melihat perkara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Ganabatirau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat, Pemberdayaan Pekerja memberitahu, beliau menerima banyak rungutan bukan sahaja daripada anggota imigresen malah pengunjung jabatan tersebut yang tidak selesa ketika berurusan akibat penghawa dingin yang tidak berfungsi sebaiknya.


Jelasnya, beliau sebelum ini mengutuskan surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung pemasalahan dihadapi di cawangan Jabatan Imigresen itu.


“Berdasarkan jawapan diterima pada 4 April lalu memaklumkan kerja naik taraf itu sudah siap 47 peratus tetap saya tidak melihat sebarang kemajuan mengenainya.


“Perlu ada tindakan drastik daripada pihak KDN mengenai hal ini. Saya tak mahu anggota imigresen dan pengunjung pejabat itu sengsara disebabkan hal ini,” tegasnya.


Sumber: Kosmo!


KDN diminta pantau kerja naik taraf penghawa dingin pejabat Imigresen


2 views

Comments


bottom of page