Kaji pendekatan projek infrastruktur



MALAYSIA akan mengkaji semula pendekatannya dalam projek infrastruktur untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Dalam ucapannya pada Invest Malaysia 2020 Siri 2 semalma, beliau berkata, ada beberapa kawasan di negara ini yang kekurangan kemudahan asas.


"Selain membina infrastruktur, kita perlu meningkatkan peruntukan untuk penyelenggaraan infrastruktur. Jalan raya dan lebuh raya serta sekolah kita memerlukan penyelenggaraan yang lebih baik.

"Sumber kewangan terhad. Bagaimanapun, kami akan cuba yang terbaik untuk menyediakan lebih banyak peruntukan bagi penyelenggaraan kemudahan infrastruktur," katanya.


Beliau berkata kerajaan mengakui pembangunan infrastruktur penting untuk pertumbuhan dan daya saing negara berterusan.


Mustapa berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, RM259 bilion diperuntukkan untuk pelbagai kerja pembangunan termasuk projek berimpak tinggi seperti Mass Rapid Transit Lembah Klang Laluan 2 (MRT2), Transit Aliran Ringan 3, Laluan Rel Pantai Timur dan Lebuhraya Pan Borneo.


Senarai projek itu termasuk Lebuhraya Kota Bharu, Lebuhraya dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai dan Sistem Transit Rapid menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Beliau berkata, Malaysia berbincang dengan rakan sejawatan dari Singapura mengenai pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang dijangka menelan kos RM68 bilion.


"Oleh itu, kita perlu gimbangi menyediakan kemudahan baharu dengan pelaksanaan yang berkesan.


"Cara utama ini dapat direalisasikan ialah melalui Kerjasama Awam-Swasta (PPP) – yang menggabungkan inovasi sektor swasta dengan kesedaran masyarakat sektor awam," katanya.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #infrastruktur

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.