top of page

Kaji latar belakang kontraktor


Kaji latar belakang kontraktor www.sarawakvoice.com
Gambar hiasan

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menjalani kajian terhadap sistem mengenal pasti kontraktor yang baik seperti yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.


Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sedang meneliti sistem tersebut sama ada ia boleh dilaksanakan di peringkat negeri atau tidak.


Jelasnya, di peringkat persekutuan, sistem seperti ini dilakukan, bahawa kontraktor terpaksa menjalani proses tertentu.“Mereka akan dinilai dari segi kewangan, pengalaman, teknikal, jentera, rekod prestasi yang baik dan sebagainya.


“Saya pernah berbincang dengan Datuk Amar (Uggah) mengenai perkara tersebut sebelum ini, dan saya mengalu-alukan serta menyokong penuh usaha beliau untuk melaksanakan sistem sebegitu di Sarawak.


“Memiliki sistem sebegini sudah pasti membantu negeri melantik kontraktor yang boleh dipercayai untuk menyiapkan projek sakit,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis penganugerahan Maal Hijrah di Surau Darul Azim, di sini, semalam.Susulan itu, beliau menambah bahawa di peringkat persekutuan buat masa ini, mereka sedang mencari jalan untuk mengurangkan projek sakit.


“Walaupun kurang daripada lima peratus projek sakit di sana, lebih baik sekiranya ia dapat dikurangkan kepada sifar peratus, bahawa tiada lagi projek sakit yang wujud,” jelasnya.


Dalam pada itu, penduduk Taman Banjaran Serapi telah menganjurkan majlis penganugerahan Maal Hijrah di peringkat komuniti mereka, dihadiri Fadillah untuk merasmikannya.


Mengenai program tersebut, majlis itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada individu yang banyak menyumbang kepada masyarakat di sini dalam aspek pembangunan komuniti, modal insan dan sebagainya.“Bagi saya individu ini adalah contoh kepada masyarakat di sini. Sebab itu majlis ini dianjurkan.“


Majlis sebegini dapat memberi motivasi kepada penduduk di sini agar sentiasa menyumbang bukan sahaja kepada keluarga sendiri tetapi juga kepada pembangunan masyarakat,” katanya.


Sumber: Sarawak Voice


Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page