Johor lulus RM12.78 juta untuk 29 projek pembangunan di Pontian
- Apr 15
- 1 min read

PONTIAN, JOHOR
Peruntukan RM12.78 juta diluluskan untuk 29 projek pembangunan di Pontian
Melibatkan pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti.
Peruntukan ini memfokuskan empat DUN utama: Benut, Pulai Sebatang, Kukup dan Pekan Nenas di bawah pentadbiran MPPn.
Tumpuan kepada tujuh projek keutamaan bernilai RM980,000
Dipilih berdasarkan faktor bencana, sosial dan keselamatan.
Projek kritikal termasuk:
Baik pulih struktur sekolah mengalami penurunan tanah.
Naik taraf jeti nelayan di Kukup.
Penambahbaikan balairaya, dewan serbaguna dan kemudahan sekolah agama uzur.
Peranan strategik Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Pontian
Bertindak sebagai platform utama penyelarasan, pemantauan dan pengesanan isu di peringkat akar umbi.
Status projek yang dipantau:
61 projek siap
12 projek dalam pelaksanaan
Baki masih dalam permohonan & siasatan
Komitmen Kerajaan Negeri Johor terhadap pembangunan akar umbi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan MTD Pontian bagi pihak Menteri Besar.
Pendekatan ini selaras dengan fokus kerajaan untuk memastikan projek benar-benar memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Media Digital Johor | Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad




Comments