top of page

Johor bentang kertas kerja bina LRT selepas mesyuarat 30 Nov ini - Exco


Johor bentang kertas kerja bina LRT selepas mesyuarat 30 Nov ini - Exco
MOhamad Fazli berkata, mesyuarat membabitkan pelbagai agensi terlibat itu akan memperhalusi cadangan projek berkenaan yang dianggarkan bernilai RM20 bilion. - Bernama

Johor bentang kertas kerja bina LRT selepas mesyuarat 30 Nov ini - Exco

ISKANDAR PUTERI: Kertas kerja cadangan pembinaan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor akan dibentangkan kepada kerajaan Persekutuan selepas satu mesyuarat khas mengenai projek itu diadakan 30 Nov ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata mesyuarat membabitkan pelbagai agensi terlibat itu akan memperhalusi cadangan projek berkenaan yang dianggarkan bernilai RM20 bilion, melibatkan jajaran Tebrau, Skudai dan Iskandar Puteri sepanjang hampir 30 kilometer.


Beliau berkata kajian menyeluruh berhubung pembinaannya yang melibatkan pelbagai agensi seperti Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan bandar raya Johor Bahru.


"Setelah itu, kerajaan negeri akan mengangkat satu kertas kerja secepat mungkin kepada kerajaan Persekutuan mengenainya," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.


Mohamad Fazli berkata pembinaan LRT itu sekali gus membantu melengkapkan sistem pengangkutan di Johor yang disokong pelbagai projek seperti pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, yang dijangka siap pada tahun 2027.


Khamis lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 berkata projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan LRT perlu dilaksanakan segera bagi melengkapkan ekosistem sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.


Sumber: Astro Awani


Johor bentang kertas kerja bina LRT selepas mesyuarat 30 Nov ini - Exco

bottom of page