top of page

Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan


Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan Astro Awani www.astroawani.com
Kerajaan Johor akan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan 'Greater Johor Bahru' menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang. - Gambar BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan 'Greater Johor Bahru' menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon.


"Kita sedia maklum bahawa untuk projek akan datang, kita akan galakkan PBT menggunakan kenderaan elektrik kerana kita tahu Singapura sekitar 10 hingga 20 tahun akan datang akan gunakan 100 peratus teknologi EV ini," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon di Sunway Big Box di sini hari ini.


Dalam merealisasikan perancangan itu, Mohd Jafni berkata, kerajaan Johor akan turut membina lebih banyak stesen pengecas EV di kawasan Greater Johor Bahru.


"Kita sedia maklum EV ini mahal kosnya tapi kita kena mulakan juga untuk kita lihat apa isu-isu berbangkit kerana palam soketnya berbeza-beza, jadi kita harap permulaan ini kita akan melihat ke arah yang lebih baik," katanya.


Sumber: Astro Awani


0 views

コメント


bottom of page