Dalam perancangan pembangunan yang seimbang di kawasan industri, terutama yang terbabit dengan kimia, tidak harus berhampiran kediaman apatah lagi sekolah. Pada pandangan kita, kerajaan negeri sekarang mewarisi kegagalan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang tidak membuat perancangan pembangunan yang seimbang.
Kini penduduk Pasir Gudang terpaksa menanggung kesan kegagalan ini. Untuk kes terbaru ini, kerajaan negeri dan PBT perlu bantuan mencari penyelesaian berkekalan. Kerajaan Pusat harus mengambil alih usaha menangani isu ini.
Henti terapi gantian metadon
Kerajaan perlu melakukan perubahan dasar dalam usaha untuk memerangi dadah, terutama membabitkan kes penagihan berulang. Kita bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mentakrifkan penagih sebagai pesakit, bukan dihukum dengan undang-undang semata-mata.
Fokus sekarang ialah usaha membawa kembali mereka yang terjebak dengan najis dadah ini untuk menjadi rakyat yang produktif, bukan untuk menghukum dan terus menggelapkan masa depan mereka.
Terapi gantian metadon yang mula diperkenalkan di negara ini sejak 2005 untuk merawat penagih dilihat tidak popular dan gagal, selain alternatif ini masih sukar diterima apabila ramai yang menyamakannya sebagai sokongan tersirat terhadap penggunaan dadah secara rekreasi. Mungkin terapi menggunakan naltrexone, iaitu dadah jenis baharu yang dikatakan mampu merawat pelbagai ketagihan, boleh diusahakan.
Sumber: Berita Harian
Hozzászólások