Jangan sekat penghuni masuk kondominium, apartmen



SEBARANG pelaksanaan sekatan terhadap mana-mana individu, misalnya sekatan memasuki bangunan seperti kondominium perlu dibuat berpandukan kepada arahan diwartakan kerajaan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada aduan tindakan pengurusan bangunan seperti kondominium dan apartmen tidak membenarkan penghuni yang baru pulang dari kampung masuk ke kediaman masing-masing.


Beliau berkata, pengurusan bangunan itu sepatutnya berpandukan kepada arahan diwartakan kerajaan bagi memastikan tiada salah faham berlaku sehingga menyebabkan masalah lain timbul.


"Saya terima aduan ada penghuni yang perlu menyewa rumah lain kerana tidak dibenarkan masuk ke kediaman oleh pengurusan bangunan.


"Pihak pengurusan diharap memberi kebenaran kepada penghuni untuk masuk tanpa sekatan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerja pembaikan dan penyelenggaraan di kondominium dan apartmen dibenarkan kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Beliau berkata, kontraktor boleh merujuk SOP berkaitan di laman web Jabatan Kerja Raya, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Daripada 3,735 tapak pembinaan seluruh negara sehingga semalam, 344 tapak pembinaan mematuhi SOP, manakala 122 tidak patuh SOP manakala 3,265 tapak pembinaan masih belum beroperasi.


"Kerajaan masih menguatkuasakan arahan agar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan wajib disediakan di semua tapak pembinaan," katanya.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #JKR

29 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.