top of page

Jambatan baharu Sungai Semantan RM15.6 juta siap dibina


Jambatan baharu Sungai Semantan RM15.6 juta siap dibina

TEMERLOH 17 Jan. - Jambatan baharu Sungai Semantan bernilai RM15.6 juta sepanjang 100 meter di sini yang siap dibina sepenuhnya pada Rabu lalu membantu melancarkan aliran trafik Temerloh-Jerantut.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar, Tahir berkata, pembinaan jambatan itu bagi menggantikan jambatan lama yanh dibina tahun 1960 dan tidak lagi sesuai dengan kepesatan pembangunan bandar ini serta sekitarnya.


Katanya,  jambatan baharu Sungai Semantan mula dibina 1 Ogos 2016 yang direka bentuk secara dalaman oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri.


"Kontraktor projek ini Syarikat Tegap Padu Sdn. Bhd. dengan skop projek penggantian jambatan sedia ada dengan piawaian R5 dan pengalihan utiliti," katanya pada majlis penyerahan projek menggantikan jambatan sedia ada Sungai Semantan hari ini.


Menurut Mohd. Anuar, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya meneruskan usaha melaksanakan projek berimpak tinggi kepada rakyat.


Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh, antara projek berimpak tinggi itu dengan menyediakan kemudahan jalan raya yang selesa dan selamat kepada pengguna.


Sumber: Utusan


30 views
bottom of page