top of page

Jalan Tapah-Ringlet hanya dibuka sehala


Jalan Tapah-Ringlet dekat Batu 11 Jalan Pahang dibuka hanya jalan sehala berikutan tanah runtuh yang berlaku semalam,dekat sini. - Foto Ihsan PDRM

TAPAH: Kejadian tanah runtuh menyebabkan Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa menutup jalan dan hanya jalan sehala dibuka untuk laluan kenderaan di Jalan Tapah-Ringlet dekat Batu 11 Jalan Pahang, hari ini.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku semalam kira-kira jam 11.00 pagi akibat hujan lebat yang melanda dekat kawasan terbabit.


Katanya, kejadian itu menyebabkan hanya jalan sehala sahaja dibuka dan boleh dilalui untuk semua jenis kenderaan demi keselamatan pengguna jalan raya.


"Pihak Syarikat Belati Wangsa masih menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan jalan yang terbabit kejadian tanah runtuh.


"Pihak JKR mula menutup jalan dan membuka jalan sehala hari ini kira-kira jam 3.00 petang tadi bagi membolehkan kenderaan lalu lalang jalan terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, anggota polis Balai Polis Tapah masih menjalankan pemantauan di jalan terbabit untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.



5 views
bottom of page