Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup sementara



KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup jalan susur masuk Bangi ke Kajang untuk semua kenderaan jam 10 malam hingga 5 pagi, mulai 10 hingga 18 Ogos ini.


PLUS dalam kenyataannya berkata, tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di persimpangan bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan.



Selain itu, ia penutupan juga bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan memotong pokok besar menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan berkenaan.


"Sehubungan itu pengguna lebuh raya dari arah selatan atau Bangi yang ingin menuju ke Kajang, dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM (Universiti Putra Malaysia).


"Diharapkan pengguna lebuh raya menggunakan laluan berkenaan dapat merancang perjalanan, laluan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan disediakan pihak PLUS.


"PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pengguna lebuh raya sekali gus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan," menurut kenyataan itu.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #Kajang

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.