Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup: PLUS



JALAN susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup kepada lalu lintas mulai 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 8 September ini bagi kerja-kerja memotong pokok besar di sepanjang laluan itu.


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan pengguna dari arah selatan/Bangi yang menuju ke Kajang dinasihat menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM.


"PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papan tanda dan arahan disediakan," menurut kenyataan itu.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #PLUS #Bangi #Kajang

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.