top of page

Jalan Gombak Lama - Genting Highlands dibuka semula


Kerja pembersihan kejadian tanah runtuh di laluan Seksyen 38.4 Jalan Gombak Lama ke Genting Highlands. - Foto JKR

KUALA LUMPUR: Laluan di Seksyen 38.4 Jalan Gombak Lama menghala Genting Highlands yang ditutup sementara susulan kejadian tanah runtuh, awal pagi tadi sudah dibuka semula untuk lalu lintas.


Ia susulan kerja-kerja pembersihan yang dimulakan sejak jam 1 tengah hari sudah pun selesai kira-kira jam 3 petang tadi.


Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memasang kanvas di lokasi cerun yang runtuh sepanjang 25 meter berkenaan untuk mengelak runtuhan berulang.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, laluan berkenaan terhalang untuk semua jenis kenderaan akibat tanah runtuh dari cerun bukit dengan ketinggian lebih lima meter.


Susulan kejadian itu, lalu lintas terpaksa dilencongkan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.


Kejadian tidak membabitkan sebarang struktur bangunan dan tiada kenderaan atau mangsa terperangkap.



15 views

댓글


bottom of page