top of page

Jalaluddin mahu jajaran ECRL rentas Jelebu dikekalkan


- Foto hiasan

JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berpendirian jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dikekalkan.


Beliau yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd menyifatkan mengembalikan semula jajaran ECRL mengikut pelan asal dibimbangi akan memberi kesan pembangunan kepada daerah itu.


Justeru, beliau berharap sebarang perubahan atau penjajaran semula laluan ECRL selepas ini perlu diputuskan di peringkat Kabinet untuk dimuktamadkan.

"Kita menyambut baik apabila jajaran ECRL yang baharu itu melalui Jelebu kerana ia akan menjadikan daerah ini semakin maju dan tidak ketinggalan berbanding daerah lain. Tidak ada sebab mengapa ia perlu diubah kembali.


"Kita tetap mahukan projek ECRL itu melalui Jelebu memandangkan kebanyakan penduduk di daerah ini juga tidak sabar menanti projek berkenaan," katanya.


Beliau mengulas laporan sebuah portal berita perniagaan yang menyebut Putrajaya sedang membincangkan kemungkinan mengembalikan jajaran projek ECRL kepada cadangan pertama di bawah kerajaan BN.



74 views
bottom of page