top of page

Isu bil tinggi, Suruhanjaya Tenaga kompaun TNB RM3.6j


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Disember lalu.


Dalam satu kenyataan hari ini, tindakan itu diambil selepas ST menyiasat aduan daripada pengguna berikutan bil elektrik tinggi pada Mei dan Jun tahun lalu.


“Hasil siasatan mendapati TNB gagal mematuhi arahan ST berhubung standard prestasi Minimun Service Level (MSL) berkaitan tempoh penyerahan bil elektrik kepada pengguna.


“Berdasar MSL itu juga, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan.

“ST ingin mengingatkan pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), peraturan-peraturan dan syarat-syarat bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi,” katanya.


ST juga menegaskan, mereka akan terus memantau dan menyiasat aduan yang diterima dari pengguna.


“Pengguna juga boleh membuat aduan melalui sistem eAduan di laman sesawang www.st.gov.my atau menerusi talian 03-88708800,” katanya



262 views
bottom of page