Ireka peroleh kontrak pembinaan Pinnacle Condominium RM125 juta di Bintulu Sarawak

BINTULU, SARAWAK
Penganugerahan projek dan pihak terlibat
Ireka Corporation Berhad melalui anak syarikat milik penuh, Shoraka Construction Sdn Bhd menerima Surat Anugerah (LOA).
Pemberi projek: Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd.
Nilai kontrak: RM125 juta.
Tarikh LOA: 26 Januari 2026; diumumkan 6 Februari 2026.
Skop kerja pembinaan
Pembinaan Pinnacle Condominium, Blok A dan Blok B.
Kerja struktur dan seni bina bangunan.
Kerja luaran dan sokongan infrastruktur.
Kerja mekanikal dan elektrikal (M&E).
Kelulusan pihak berkuasa, pengujian, pentauliahan.
Penyerahan lukisan siap bina serta manual operasi dan penyelenggaraan (O&M).
Tempoh pelaksanaan dan liabiliti
Tempoh kontrak: 24 bulan dari tarikh mula kerja.
Bergantung kepada penyerahan tapak, mesyuarat permulaan dan kelulusan PBT.
Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP): 12 bulan selepas siap.
Struktur kewangan dan obligasi kontrak
Bon prestasi: 5% daripada nilai kontrak (RM6.25 juta).
Retensi: 5%, dilepaskan selepas Sijil Pembetulan Kecacatan.
LAD: 10% setahun daripada nilai kontrak jika berlaku kelewatan.
Syarat kelulusan dan risiko
LOA terbatal jika kelulusan pihak berkuasa tidak diperoleh sebelum 31 Jan 2027.
Risiko utama: kelulusan, kos, aliran tunai, prestasi subkontraktor, pendedahan LAD.
Dagang News | Hamden Ramli




Comments