top of page

Inta Bina dapat kontrak RM178.2 j


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Inta Bina Sdn Bhd (IBSB), anak syarikat Inta Bina Group Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM178.2 juta daripada Southville City Sdn Bhd.


Inta Bina dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu adalah bagi pelantikan IBSB sebagai kontraktor utama pembangunan Fasa 1 dan 2 Southville City Sensory Residence, di Bangi.


Syarikat itu berkata, Fasa 1 projek berkenaan akan terdiri daripada satu blok (Blok A) sebanyak 329 unit pangsapuri berperkhidmatan dan 148 unit pangsapuri berperkhidmatan mampu milik, manakala Fasa 2 terdiri daripada satu blok (Blok B) sebanyak 488 unit pangsapuri berperkhidmatan.

“Fasa satu dijangka siap dalam masa 30 bulan daripada tarikh pembinaan bermula, manakala fasa 2 dijangkakan dalam masa 31 bulan.


“IBSB merancang membiayai kontrak berkenaan menerusi dana dalaman dan/atau pinjaman luaran,” kata syarikat itu. - BERNAMA



91 views
bottom of page