top of page

Inta Bina dapat kontrak bangun pangsapuri di Ara Damansara


Inta Bina dapat kontrak bangun pangsapuri di Ara Damansara
Inta Bina Group Bhd.

KUALA LUMPUR: Inta Bina Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd memperoleh kontrak RM198.3 juta daripada Sime Darby Property (Ara Damansara) Sdn Bhd bagi kerja bangunan utama di Ara Damansara, Selangor.


Inta Bina dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak itu termasuk cadangan pembangunan perumahan pangsapuri (450 unit) mengandungi dua blok pangsapuri 18 tingkat dan satu blok pangsapuri 23 tingkat.


"Tempoh pembinaan adalah selama 34 bulan dari tarikh permulaan pada 10 Jun 2024, dan kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham besar pemegang saham Inta Bina," katanya.


Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, Inta Bina menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan itu sepanjang tempoh kontrak.


"Kumpulan berhasrat untuk membiayai kontrak melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar," tambahnya.


Sumber: Berita Harian


Comments


bottom of page