top of page

Impak PKP: Selepas kerugian, sektor pembinaan kini berdepan kekurangan pekerja


Kira-kira 700 pekerja asing daripada 59 syarikat kontraktor di Lembah Klang menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkelompok di Pusat Konvensyen CIDB pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Jumlah kerugian sektor pembinaan menurun kepada RM6.2 bilion selepas kerajaan membenarkan industri itu beroperasi semula secara berperingkat pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 15 April lalu.


Industri itu berjaya mengurangkan kerugian kira-kira RM6.2 bilion daripada RM11 bilion yang direkodkan pada fasa pertama dan kedua  PKP (18 Mac-14 April 2020).


"Apabila kita buka semula 13 sub-sektor di bawah industri pembinaan, maka nilai kerugian dapat dikurangkan  daripada RM11 bilion kepada RM6.2  bilion.


"Ini bermakna kita berjaya mengurangkan kira-kira RM4.8 bilion," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.

Sektor itu kini berdepan dengan masalah kekurangan pekerja apabila rata-rata pekerja asing yang pulang ke negara masing-masing sebelum pelaksanaan PKP kini tidak dapat kembali ekoran keputusan kerajaan untuk terus menutup sempadan antarabangsa berikutan ancaman COVID-19.


"Selepas isu rugi, sekarang kita hadapi masalah kekurangan pekerja. Kita tahu sektor pembinaan ini banyak bergantung kepada pekerja asing.


Hari ini, kira-kira 700 pekerja asing daripada 59 syarikat kontraktor di Lembah Klang menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkelompok di Pusat Konvensyen CIDB, di sini.


Setakat ini seramai 33,613 pekerja warga asing membabitkan pelbagai sektor telah menjalani ujian saringan COVID-19. Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah daripada sektor pembinaan. 


Pada 25 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan tapak pembinaan di ibu negara. 


Sumber: Astro Awani


154 views
bottom of page